Watak Tomica Hero: Rescue Force

UFDA / Rescue Force

Rescue Force generasi kedua ialah sebuah pasukan tindakan malapetaka dalam UFDA (United Fire-Defense Agency). Rescue Force mewarisi tanggungjawab dari pasukan Hyper Rescue terdahulu untuk melindungi nyawa orang ramai dari pelbagai bencana yang keterlaluan bagi pasukan penyelamat biasa. Pasukan ini biasanya berpangkalan di Rescure Phoenix di bandar Tateishi. Apabila satelit Rescue Eye mengesan malapetaka, Rescue Phoenix bertukar bentuk dari Fortress Mode (pegun) kepada Flight Mode (terbang) untuk membawa pasukan Rescue Force dan kenderaan Rescue Vehicles yang paling sesuai ke kawasan bencana. Setiap ahli Rescue Force berbaju perisai jingga serta satu warna lain yang berlainan untuk setiap ahli.

Hikaru Todoroki (轟 輝) / R1 (lakonan Kenta Izuka)

Hikaru ialah ahli terbaru pasukan Rescure Force, setelah menunjukkan prestasi cemerlang dalam operasi kenderaan kecemasan di akademi penyelamat. Cita-cita untuk menyertai Rescue Force sejak kecil lagi melahirkan keghairahan dalam dirinya. Di episod-episod selanjutnya, Hikaru menemui projek yang gagal dijayakan oleh R1 terdahulu dan mencapai bentuk baru iaitu R1 Max.

  • Warna:   
  • Kenderaan: Rescue Striker, Core Striker
  • Peralatan: Rescue Commander, Max Commander (R1 Max), Rescue Card, Rescue Breaker, Rescue Crusher, Max Divider, Rescue Zamber
Kyōsuke Jinrai (陣雷 響助) / R2 (lakonan Seigo Noguchi)

Sungguhpun kelihatan periang dan selekeh, namun Kyosuke sentiasa sanggup berkorban demi menyiapkan tugas pasukan.

  • Warna:   
  • Kenderaan: Rescue Saver, Rescue Diver, Core Saver
  • Peralatan: Rescue Commander, Rescue Card, Rescue Breaker, Rescue Crusher
Rei Kōzuki (香月 レイ) / R3 (lakonan Haruno)

Rei yang bersifat tenang ini mahir dalam seni bela diri, tetapi geli akan haiwan kecil.

  • Warna:   
  • Knederaan: Core Search
  • Peralatan: Rescue Commander, Rescue Card, Rescue Breaker, Rescue Crusher
Juri Shiraki (白木 寿里) / R4 (lakonan Emi Hasegawa)

Juri yang berhati murni mengkhusus sebagai ahli perubatan pasukan.

  • Warna:   
  • Kenderaan: Core Aider
  • Peralatan: Rescue Commander, Rescue Card, Rescue Breaker, Rescue Crusher
Eiji Ishiguro (石黒 鋭二) / R5 (lakonan Hiroaki Iwanaga)

Ketua pasukan Rescue Force.

  • Warna:   
  • Kenderaan: Zero Fire, Core Striker Captain
  • Peralatan: Rescue Card
Natsuno Nambu (南部 奈津乃)/RU (lakonan Yu Hayami)

Ketua Kapten UFDA, digelar "Nancy" oleh kawan-kawannya.

Neo Thera

Neo Thera ialah kumpulan kejahatan yang diasaskan oleh Daen untuk menimbulkan malapetaka besar dengan peranti Crisis Marker, dengan tujuan "membetulkan semula" bumi. Pertubuhan ini terdiri daripada seorang ketua tertinggi (Daen, kemudiannya Maen / Batsu), tiga orang pegawai tinggi (Maare, San dan Sica) dan ribuan bala tentera Axts yang menuruti perintah keeempat-empat ketua mereka.

Maaru

Android betina bersalut emas berlambang bulatan yang menjadi pemimpin tiga pegawai tinggi yang bertanggungjawab membuat perintah strategik, dilengkapi cemeti dan boleh menghasilkan sawar.

Saan

Android bersalut perak berlambang segitiga yang bertugas sebagai pegawai intelektual yang menganalisis situasi dan selalu membaca kertas arahan Crisis Marker.

Shiika

Android bersalut tembaga berlambang segiempat yang teramat kuat di kalangan mereka bertiga dan memiliki ketahanan berperisai.

Daen

Ketua tertinggi terawal Neo Thera bermuka bujur yang muncul dari episod 14–25, sebenarnya merupakan manusia bernama Ōbuchi dan pernah menyandang jawatan R1 dan senior kepada Ishiguro. Beliau bertanggungjawab membangunkan kebanyakan kenderaan khas dan program R1 Max. Ketika dalam misi menyelamat di makmal luar negara yang menyelidik tenaga baru, Obuchi menyedari tenaga tersebut digunakan untuk kegunaan tentera dan menyebabkan letusan gunung berapi yang kononnya meragut nyawanya. Bagaimanapun, Obuchi terselamat dan dirasuk oleh Batsu yang memperhebatkan kebenciannya terhadap kerakusan manusia mencemari Bumi yang mengakibatkan bencana yang ditangani oleh pasukan penyelamatnya selama ini. Dalam masa sedekad, Daen menubuhkan Neo Thera dan menghantar tiga pegawai tinggi untuk menimbulkan huru-hara. Lama-kelamaan, Daen menunjukkan dirinya dan cuba mengatasi Rescue Force dengan pengetahuan kelengkapan pasukan penyelamat ini. Setelah menyaksikan Hikaru mencapai bentuk R1 Max, Batsu meninggalkan jasad Obuchi. Untuk menebus kesalahan, Obuchi mengorbankan diri dengan memasang sistem binasa sendiri dalam kubunya.

Batsu

Sebuah nanokomputer kuno yang wujud di Bumi sejak 600 juta tahun lalu, memerhati keadaan Bumi sejak dilahirkan sehingga kewujudan manusia yang mengganggu alam semulajadi. Dengan menyamar sebagai dewa-dewi untuk mengarahkan manusia, Batsu berpendapat bahawa manusia mesti dihapuskan untuk memulihkan Bumi. Batsu merasuki jasad Obuchi untuk menyerlahkan kejahatan dalam dirinya untuk menjadi Daen dan menubuhkan Neo Thera. Selepas kejatuhan Daen, Batsu meninggalkannya lalu menyamar dalam bentuk wanita berpakaian gothic lolita bernama Maen.

Berkaitan